LATARBELAKANG
1. Penubuhan 5. Piagam Pelanggan.
2. Objektif 6. Kawasan
3. Dasar Kualiti
Penubuhan
 

Majlis Daerah Setiu telah ditubuhkan pada 1hb. Jun, 1985 sebagaimana Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 336 bertarikh 6hb. Jun, 1985. Luas kawasan operasinya pada masa itu ialah 29.61 batu persegi (76.69 km. per.). Pada 18hb. Julai, 1996 kawasan Majlis telah diperluaskan sebagaimana Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 907 bertarikh 18hb. Julai, 1996 meliputi keseluruh kawasan Daerah Setiu seluas 1,304.36 km. persegi. Anggaran penduduk adalah seramai 54,883 orang (Tahun 1998).

 
ke atas
Objektif
Berusaha kearah mencapai matlamat menjadikan kawasan Majlis Daerah Setiu sentiasa bersih, indah, selamat dan selesa untuk didiami.
Menyediakan dan menyenggarakan kemudahan-kemudahan awam dan juga kemudahan infrastruktur.
Mengawal dan merancang pembangunan ruang (spatial development) dan fizikal.
 
ke atas
Dasar kualiti
"Kami adalah komited kepada perlaksanaan perkhidmatan yang lebih efisyen dan berkualiti. Justeru itu, kami beriltizam untuk mempertingkatkan dan mengejar kualiti sepanjang masa melalui budaya kerja yang terancang dan berwawasan."
 
ke atas
Piagam pelanggan
1. Komitmen kami adalah perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan mesra.
2. Kami berjanji akan sentiasa membantu apabila anda membuat aduan tentang sebarang masalah mengenai kacauganggu kesihatan dan kebersihan awam.
3. Kami menjamin memberi keputusan kepada permohonan sewaan dewan, peralatan, Kem Bari denganserta merta jika melalui telefon atau secara langsung dan 3 hari dari tarikh surat diterima.
4. Kami akan membuat taksiran ke atas mana-mana pegangan bercukai (rateable property) seadil-adilnya mengikut tatacara yang ditetapkan undang-undang.
 
ke atas
Kawasan
Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Setiu pada asalnya sebelum pewartaan semula pada 18hb. Julai, 1996 adalah terdiri daripada 7 kawasan yang berselerak (scattered) yang dikenali sebagai pusat penempatan.
Kawasan-kawasan pentadbiran Majlis sebelum diperluaskan keseluruh Daerah Setiu ialah :-
Bil
Kawasan
Keluasan
Penduduk
1.

Permaisuri

22.38
8,254
2.

Sungai Tong

7.33
2,740
3.

Chalok

6.48
6,538
4.

Guntong

9.49
2,672
5.

Fikri

4.23
1,661
6.

Penarik

7.85
4,892
7.

Merang

18.93
4,385

JUMLAH

76.69
26,214
Bandar Permaisuri telah dijadikan sebagai bandar dan pusat pentadbiran daerah. Sementara Pekan Sri Langkap (nama asalnya Sungai Tong) telah dikenalpasti sebagai pusat pertumbuhan yang baru, disamping beberapa pusat petempatan lain iaitu Guntong Luar, Penarik dan Merang.
Pada masa ini dengan keluasan kawasan yang meningkat, pentadbiran Majlis sedang berusaha untuk memastikan supaya perkhidmatan perbandaran dipertingkatkan secara beransur-ansur.

ke atas

Majlis Daerah Setiu
Wisma MDS, Bandar Permaisuri, 22100, Setiu, Terengganu.
Tel : 09-6099377, 09-6099434, 09-6099757; fax : 09-6099367