ORGANISASI
1. Ahli Majlis 3. Struktur Pentadbiran.
2. Jawatankuasa Majlis
Ahli Majlis
Majlis Daerah Setiu mempunyai seramai 22 orang Ahli Majlis termasuk Yang Dipertua. Sebahagian daripada ahli-ahli adalah Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan manakala lain-lain adalah terdiri daripada mereka yang mewakili kepentingan politik atau kawasan-kawasan tertentu dalam daerah Setiu.

Senarai Ahli Majlis

ke atas
Jawatankuasa Majlis

Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa diperingkat Pihakberkuasa Tempatan adalah dibenarkan menurut Seksyen 28, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Penubuhan 6 jawatankuasa dibawah adalah bagi melicinkan perjalanan dan pentadbiran Majlis Daerah Setiu.

1. Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan.
2. Jawatankuasa Penilaian dan Bantahan Cukai Taksiran.
3. Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan
4. Jawatankuasa Bangunan dan Kerja-Kerja Awam
5. Jawatankuasa Pelesenan, Penguatkuasaan dan Undang-Undang
6. Jawatankuasa Kebersihan, Keindahan dan Lalulintas.
Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut dibentuk bagi menjalankan fungsi-fungsi berikut:-
1. Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan.
 
1.1 Mengkaji, menimbang dan mengesyorkan apa-apa tindakan atau perbuatan yang difikirkan dapat meningkatkan hasil/pendapatan dan mengurangkan kos Majlis.
1.2. Mengkaji, menimbang dan mengesyorkan apa-apa prosedur Kewangan yang dapat meningkat pengurusan kewangan yang cekap dan bertanggungjawab (Accountable).
1.3 Mengkaji dan meneliti penyata pendapatan dan perbelanjaan Majlis dan pengesyoran apa-apa tindakan yang sesuai diambil.
1.4 Mengkaji, menimbangkan dan memperakukan apa-apa dasar kewangan dan belanjawan Majlis.
1.5 Menimbang, memutus dan mengesyorkan permohonan tambahan peruntukan/pindah peruntukan.
1.6 Lain-lain perkara yang berkaitan dengan kewangan.
1.7 Menimbangkan penerimapakaian Pekeliling Perbendaharaan dan seumpamanya.
1.8 Meneliti laporan daya maju sesuatu projek pelaburan dan keupayaan bakal pemaju.
1.9 Meneliti deraf perjanjian antara bakal pemaju dengan Majlis Daerah Setiu.
1.10 Memastikan kepentingan Majlis Daerah Setiu dan Kerajaan Negeri Terengganu dilindungi.
1.11 Meluluskan cadangan-cadangan usahasama dan penswastaan.
2. Jawatankuasa Penilaian dan Bantahan Cukai Taksiran.
 
2.1 Membincang dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek-aspek penilaian dan pegangan harta dalam kawasan Majlis disamping membentuk dasar serta mengkaji perlaksanaan kerja-kerja penilaian.
2.2 Mengkaji serta menentukan senarai nilaian tahunan, asas kadar dan peratusan kadar cukai harta yang patut dikenakan.
2.3 Mengkaji serta menimbang cadangan untuk membuat penilaian semula keatas harta yang patut dikenakan
2.4 Lain-lain perkara yang berkaitan dengan fungsi Bahagian Penilaian Majlis.
2.5 Mendengar, meneliti dan menimbang rayuan/bantahan daripada pemilik-pemilik harta terhadap cukai Taksiran mengikut seksyen 142, Akta 171.
2.6 Lain-Lain perkara yang berkaitan dengan fungsi Bahagian Rayuan dan Bantahan Cukai Taksiran.
2.7 Melaporkan apa-apa keputusan rayuan Cukai Taksiran kepada Majlis untuk pengesahan.
3. Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan
 
3.1 Menimbang dan memutuskan permohonan kebenaran untuk merancang.
3.2 Menimbang dan memutuskan kertas-kertas teknikal mengenai perancangan dan guna tanah.
3.3 Menimbang permohonan daripada Pentadbir Tanah Daerah atas kes-kes permohonan milikan tanah, pecah sempadan, pecah bahagian, tukar syarat dan lain-lain kes perancangan tanah.
3.4 Mengenalpasti dan mengkaji cadangan pembangunan bandar/desa atau petempatan samada kediaman, perdagangan industri dan sebagainya.
4. Jawatankuasa Bangunan dan Kerja-Kerja Awam
 
4.1 Menimbang dan meluluskan permohonan mendirikan bangunan-bangunan kekal.
4.2
Menimbang dan meluluskan permohonan pemaju untuk mendirikan bangunan berikut :-
a) Projek-projek perumahan dan kedai
b) Bangunan-bangunan bengkel dan kilang
c) Projek-projek pelancongan
d) Projek-projek Khas.
4.3 Mengenalpasti dan merancang strategi, program, aktiviti bagi menyedia dan memperlengkapkan projek-projek kemudahan awam dan infrastruktur.
5. Jawatankuasa Pelesenan, Penguatkuasaan Dan Undang-Undang
 
5.1 Menimbang dan memutuskan permohonan lesen-lesen.
5.2 Menggubal, mengkaji dan meminda Undang-Undang Kecil yang digunapakai dari masa ke semasa.
5.3 Menimbang dan memutuskan sesuatu tindakan Undang-Undang yang membabitkan keutuhan dan kewibawaan Majlis.
5.4 Mengenalpasti, menimbang dan memutuskan penyelesaian sesuatu masalah yang berkait dengan pelesenan.
5.5 Mengkaji, meneliti prestasi kerja-kerja yang berkait dengan aktiviti pelesenan, Undang-Undang pendakwaan dan penguatkuasaan.
6. Jawatankuasa Kebersihan, Keindahan Dan Lalulintas.
6.1 Mengkaji, menimbangkan dan memutuskan sistem lalulintas.
6.2 Menimbang dan memutuskan nama, jalan, taman, bangunan, kampung dan sebagainya.
6.3 Mengenalpasti dan memulakan strategi program dan aktiviti pengindahan dan kebersihan.
6.4 Perkara lain yang berkaitan dengan jawatankuasa ini.
   
ke atas
Struktur pentadbiran

Struktur Pentadbiran Majlis Daerah Setiu mempunyai 7 bahagian iaitu :-

  1. Bahagian Pentadbiran
   
1.1. Pentadbiran am/Penyelenggaraan.
1.2. Perkhidmatan dan perjawatan.
1.3. Pengurusan stor.
  2. Bahagian Kewangan
   
2.1. Bayaran..
2.2. Hasil.
  3. Bahagian Perancangan dan Pembangunan
   
3.1. Perancangan
3.2. Kemudahan dan pembangunan tanah.
3.3. Kejuruteraan.
  4. Bahagian Penilaian
   
4.1. Taksiran dan kadaran.
4.2. Sewaan bangunan.
  5. Bahagian Kesihatan dan Pelesenan
   
5.1. Perkhidmatan Bandar
 
5.1.1. Pungutan dan pelupusan sisa pepejal.
5.1.2. Pengangkutan sisa pepejal.
5.1.3. Kawalan vektor dan kebersihan awam.
5.2. Pelesenan.
 
5.2.1. Pentadbiran.
5.2.2. Penjaja dan pasar malam/sehari & iklan.
5.2.3. Premis makanan dan bukan makanan.
  6. Bahagian Landskap dan Rekreasi
  7. Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan
Majlis Daerah Setiu mempunyai kakitangan seramai 109 orang terdiri daripada 2 orang kumpulan A, 5 orang kumpulan B (termasuk 2 kontrak), 15 orang kumpulan C dan 57 orang kumpulan D.
Bahagian Jawatan diluluskan Jawatan diisi Jawatan Belum diisi
Pentadbiran 23 22 1
Kewangan 5 5 0
Kejuruteraan dan Perancangan 31 31 0
Kesihatan dan Pelesenan 11 11 0
Perundangan dan Penguatkuasaan 2 2 0
Penilaian 6 6 0
Landskap dan Rekreasi 33 30 3
JUMLAH 111 107 4

Carta organisasi

ke atas
Majlis Daerah Setiu
Wisma MDS, Bandar Permaisuri, 22100, Setiu, Terengganu.
Tel : 09-6099377, 09-6099434, 09-6099757; fax : 09-6099367