Make your own free website on Tripod.com
MAJLIS DAERAH SETIU,TERENGGANU
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (PINDAAN) 2001
 
SERANTAU/HEBAHAN UNTUK PENYEDIAAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SETIU
(Mengikut peruntukan Seksyen 12A, Akta 172)
 
Sukacita dimaklumkan, Majlis Daerah Setiu akan menjalankan 'Kajian Rancangan Tempatan Daerah Setiu'.
Matlamat kajian sehingga tempoh 2015 ini, adalah untuk menyelaras pembangunan dan pengagihan sumber-sumber semulajadi secara berkesan serta memastikan keseimbangan pembangunan kawasan-kawasan bandar dan luar bandar. Diantara perkara-perkara yang akan dicadangkan kelak ialah langkah-langkah memaju dan menggunakan tanah, melindungi dan memperelokkan landskap dan mengendalikan lalulintas dalam kawasan Rancangan Tempatan ini.
Rancangan Tempatan apabila siap dan diluluskan nanti, akan menjadi panduan kepada Majlis Daerah/Pihakberkuasa Negeri di dalam memproses permohonan-permohonan perancangan/projek atau tukar syarat tanah. Orang awam pula mudah dan cepat untuk mengetahui lokasi sesuatu cadangan pembangunan/projek.
Oleh itu, pihak Majlis ingin membuka peluang kepada orang awam untuk bersama-sama merancang kawasan kita supaya pembangunan yang akan dilaksanakan kelak memberi faedah dan menguntungkan. Orang awam berhak mengemukakan kehendak setempat bagi menyedia dan menjayakan kajian ini. Oleh itu Tuan/Puan dialu-alukan mengemukakan pandangan dan bolehlah memberikan sebarang cadangan/pandangan/ulasan kepada.
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Setiu,
22100, Permaisuri,
Setiu, Terengganu.
No. Tel : 09-6099377
No. Fax: 09-6099367
e-mail : mdsetiu@terengganu.gov.my
 

Dengan harapan,

YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH SETIU

Bertarikh : 1. September, 2003